Artikel

Semua Pekerja Singapura Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel – Mulai Disember 2024

Untuk memastikan persekitaran kerja lebih terbuka ekoran kadar masyarakat menua terus meningkat menjelang 2030, Singapura kini mengeluarkan garis panduan yang membolehkan semua pekerja di negara tersebut memohon aturan kerja yang lebih fleksibel bermula 1 Disember 2024 kelak. 

Garis panduan di bawah Kementerian Tenaga Manusia Singapura ini bagaimanapun menjelaskan majikan memiliki hak untuk menolak permohonan tersebut. Namun sebarang keputusan perlu didasari berasaskan kedudukan perniagaan seperti pertimbangan kos serta kesan kepada perolehan. 

Maka pada tindakan itu,setelah permohonan pekerja dihantar – dalam tempoh 2 bulan majikan perlu memaklumkan keputusan pengurusan kepada pekerja. Meskipun pelaksanaan ini bukanlah satu paksaan, ia dilihat sebagai galakkan kepada pekerja untuk memiliki pilihan pada pengaturan bertugas.

Buat pengetahuan umum, tindakan Singapura ini bukanlah perkara baharu – di Malaysia bermula 1 Januari 2023 lalu, negara telahpun menguatkuasakan Aturan Kerja Fleksibal di bawah pindaan Akta Kerja 2022 kepada pekerja negara. Di mana pekerja boleh laksana permohonan secara bertulis melibatkan perubahan waktu bekerja, hari bekerja serta tempat kerja. Bagaimanapun kelulusan di Malaysia adalah dalam tempoh 60 hari dan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan bersama dari tarikh permohonan dihantar.