Artikel

Kekayaan 50 Orang Terkaya Di Malaysia Terus Meningkat – Kini Naik 2% Kepada $83.4 Bilion

Tatkala penduduk negara berdepan tekanan kos semasa berikutan konflik dan isu ekonomi dunia – berbeza dengan 50 individu terkaya di Malaysia apabila memaparkan peningkatan kekayaan dengan lonjakan 2% kepada $83.4 bilion (RM398.8 bilion) pada senarai Forbes Malaysia 2024.

Seperti yang umum ketahui, Tan Sri Robert Kuok terus kekal mengungguli kedudukan menjadi individu paling kaya di negara dengan nilai bersih kekayan berjumlah $11.5 bilion. Diikuti Tan Sri Quek Leng Chan pula iaitu Pengerusi Eksekutif Hong Leong dengan nilai bersih kekayaan berjumlah $8.8 bilion. 

Pada senarai tersebut, turut memperlihatkan 4 nama hartawan terbaharu iaitu keluarga Tan Sri G.Gnanalingam pada kedudukan ke-12 dengan nilai kekayaan $1.6 bilion dan dua waris Keluarga Chen pada kedudukan ke-18 dengan nilai kekayaan $1.1 bilion. 

Peningkatan ini juga menurut data Forbes Asia turut memaklumkan kriteria nilai bersih minimum kekayaan telah meningkat pada senarai tersebut iaitu daripada $315 juta pada kepada $320 juta pada tahun ini. 

Secara menyeluruh ini senarai 10 individu terkaya di Malaysia: