Artikel

CEO CIMB Bakal Dilantik Selaku Presiden, CEO PNB – Mulai 1 Julai Ini

Setelah berkhidmat selama 4 tahun, sejak 2020 – Dato’ Abdul Rahman kini memaklumkan pengundurannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings – bermula 30 Jun ini.

Penyertaan Dato’ Abdul Rahman selaku CEO kumpulan sebelum ini, telah memperlihatkan pengukuhan prestasi CIMB dari aspek pertumbuhan dan inisiatif digital operasi. Berikutan penamatan tugas itu, CIMB memaklumkan penamaan calon CEO baharu akan diketengahkan dalam tempoh terdekat sebaik sahaja meraih kelulusan besama lembaga dan kawalselia.

Menerusi peletakan jawatan tersebut juga dimklumkan – akan memperlihatkan penyertaan Dato’ Abdul Rahman selaku Presiden dan CEO baharu Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuat kuasa 1 Julai kelak. Buat pengetahuan umum, sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan sedemikian pada tahun 2016 sehingga 2019.