Prestasi pasaran tawaran awam permulaan (IPO) global kini memaparkan perkembangan positif apabila meraih $23.7 bilion dalam menerusi 287 perjanjian untuk 3 bulan pertama tahun ini.
Perkembangan ini menurut EY, dicetus potensi ekonomi yang besar pada pasaran IPO di Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Berbeza dengan rantau Asia yang memperlihatkan prestasi lebih perlahan, antaranya termasuklah Malaysia.
Di mana pada tempoh tersebut Malaysia meraih $279 juta bersama 9 IPO, disusuli Indonesia dengan 20 IPO ($224 juta), dan Thailand pula sekitar 6 IPO dengam mengumpul $273 juta.
Sementara Singapura, Filipina dan Sri Lanka pula satu IPO pada bursa saham mereka dengan mengumpul $20 juta, $202 juta dan $2 juta. Secara menyeluruh pasaran IPO Asia Tenggara mencatatkan sekitar 51 IPO bersama dana $1.4 bilion.