Artikel

RM10 Kekal Jadi Edaran Duit Raya Tertinggi Sejak 23 Tahun – DOSM

Selain juadah perayaan, amalan memberi dan menerima duit raya juga menjadi antara agenda paling dinantikan individu pada sambutan Aidilfitri kelak – dan menyentuh soal itu, tahukah anda trend edaran wang ringgit akan meningkat menjelang ketibaan Hari Raya? Setakat Februari 2024 sahaja sejumlah RM167.4 bilion edaran wang ringgit telah dicatatkan pada pasaran semasa negara.

Lebih menarik menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), ketika musim perayaan didapati not RM10 kekal menjadi edaran tertinggi sejak 23 tahun lalu. Di mana edaran wang kertas RM10 mengatasi not RM1 dan RM5 sejak tahun 2000 lagi. 

Sementara not RM20 pula mula mencatatkan edaran kedua tertinggi sejak tahun 2020.

Secara menyeluruh pada data tersebut turut memperincikan nilai edaran wang kertas  merangkumi RM1 berjumlah RM3.1 bilion, diikuti RM5 berjumlah RM3.1 bilion, RM10 berjumlah RM8.1 bilion, RM20 berjumlah RM4.1 bilion, RM50 berjumlah RM69.4 bilion dan RM100 pula berjumlah RM75.1 bilion.