Artikel

MBSB Bank Akan Hentikan Platform Dompet Digitalnya – Berkuat Kuasa 31 Mei Ini

Menjelang akhir Mei kelak, MBSB Bank memaklumkan pihaknya akan menghentikan platform dompet digital selari dengan usaha bank untuk menstrukturkan semula penawaran digital operasi. 

Makluman pada notis bank ini, turut menjelaskan para pengguna boleh menggunakan saluran transaksi seperti M Journey, DuitNow QR MBSB Bank serta dompet perbankan dalam talian (OBW) pada langkah transaksi nirtunai.

Berikutan kenyataan itu, para pengguna MBSB Bank juga tidak perlu khuatir akan baki yang tersedia pada dompet digital anda – diperincikan baki tersebut akan dikembalikan semula kepada pemegang akaun masing-masing. 

Bagi sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh merujuk pada emel [email protected] atau menghubungi pusat khidmat pelanggannya di talian (03)-2096-3000.