Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kini bertindak meluaskan lagi kepentingan mereka pada Farm Fresh iaitu pengeluar tenusu tempatan – apabila laksana pembelian 4 juta saham, menjadikan nilai pegangan mereka kepada 5.07%.
Aturan pembelian saham secara langsung menjadikan KWAP selaku pemegang saham ke-6 terbesar pada Farm Fresh. Untuk makluman, perolehan kepentingan jenama lebihi ambang 5% secara langsung menjadikan ia antara pemegang saham besar.
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, peningkatan perolehan itu terdiri daripada 2.45% pegangan lansung dan 2.62% pula pegangan tidak langsung.
Antara pemegang lain yang turut terlibat dalam kepentingan Farm Fresh adalah Rainforest Capital (30.5%), FarmChoice Foods (11.87%), Agrifood Resources Holdings (11.71%), KWSP (8.97%) dan Abrdn PLC (6.63%).