Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini memaklumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 adalah sebanyak 3.60%.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kadar dividen ini diperhatikan lebih berdaya saing dan meningkat berbanding agihan tahun 2022 dengan 3.05%. Agihan ini secara langsung akan memberi manfaat kepada 6.25 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dengan anggaran peruntukan RM357.65 juta.
Berikutan prestasi yang kekal utuh ini, ia dijangka berupaya melonjakkan lagi galakan kepada pengguna negara pada amalan menabung dalam segmen pendidikan di masa hadapan.