Bateriku minggu ini memaklumkan telah menerima suntikan dana pelaburan berjumlah RM10 juta, di bawah sokongan VentureTech Sdn Bhd dan Venture TECH SBI.
Perolehan dana ini secara langsung akan meluaskan lagi jejak Bateriku pada sektor automatif dalam menyokong perkhidmatan bantuan kenderaan.
Buat pengetahuan umum, Bateriku menyediakan khidmat bantuan kenderaan yang berdepan dengan kerosakan – antaranya menukar bateri kenderaan, isu bahan api, perkhidmatan libatkan bengkel serta khidmat penundaan.
Setakat ini sahaja didapati lebih 1.5 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan Bateriku, sama ada berhubung isu bateri mahupun perkhidmatan bantuan tepi jalan. Menerusi prestasi itu, Bateriku optimis untuk terus meluaskan lagi jejak perkhidmatan mereka di seluruh Malaysia.