Artikel

Bank Rakyat Umum Dividen 15%, Bonus 2%

Bank Rakyat hari ini mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2023 adalah sebanyak 15% – angka ini meliputi jumlah pembayaran melibatkan RM424.62 juta. Berdasarkan pengisytiharan tersebut, dimaklumkan pembayaran dividen akan mula diagih kepada 802,823 anggota pada hari ini (5 April). 

Lebih menarik, bersempena ulang tahun Bank Rakyat kali ke-70, pihak perbankan memaklumkan agihan bonus dividen 2% kepada anggota mereka. Pengagihan dividen istimewa ini melibatkan jumlah pembayaran sekitar RM56.62 juta, ia dimaklumkan akan dilaksanakan mulai September 2024 kelak.

Secara menyeluruh Bank Rakyat pada prestasi 2023 telah merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 – lebih tinggi berbanding RM1.70 bilion pada tahun 2022. Ini memperlihatkan peningkatan hasil sekitar 3.8% (RM64.48 juta).