Artikel

Axiata Jual Semua Kepentingan Dalam Edotco Myanmar – Pada Nilai $150 Juta

Axiata Group menerusi anak syarikatnya kini mengatur langkah melupuskan seluruh pegangan mereka 87.5% pada Edotco Myanmar dengan nilai lebih RM713 juta ($150 juta). Tindakan itu secara langsung menandakan aturan Axiata untuk keluar dari pasaran Myanmar. 

Notis pada makluman Bursa Malaysia ini jelas menunjukkan pelupusan kepentingan tersebut pada Edotco Investments Singapore Pte Ltd yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan tujuan khas untuk pelaburan Edotco di Myanmar dan pemegang saham tunggal Edotco Myanmar Ltd – adalah sebagai tindak-balas Axiata untuk perkukuhkan nilai pemegang saham mereka dan mengurangkan dinamik hutang kumpulan. 

Malah turut difahamkan, ketidaktentuan makroekonomi serta persekitaran pasaran di Myanmar juga menjadi faktor kepada keputusan pelupusan tersebut dilaksanakan.