Artikel

PRO-NET Raih Pembiayaan RM200 Juta Bersama CIMB – Perluas Inisiatif Hijau Kenderaan Elektrik

Seiring dengan agenda negara untuk perluaskan jejak kenderaan elektrik (EV) – Proton New Energy Technology (PRO-NET) kini memperoleh pembiayaan sejumlah RM200 juta daripada CIMB Bank bagi menyokong inisiatif mobiliti hijau serta pengedaran EV di pasaran.

Menerusi pembiayaan ini ia tidak sekadar mengukuhkan infrastruktur EV tetapi turut meningkatkan lagi ekosistem digital dalam automotif negara. Usaha tersebut juga memudahkan pengembangan rangkaian lebih lancar bersama pengguna.

Buat pengetahuan umum, PRO-NET merupakan pengedar eksklusif untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand. smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) yang direka oleh Mercedes-Benz. Ia juga bertanggungjawab untuk memenuhi komitmen pengeluar kereta nasional PROTON terhadap agenda EV dan memainkan peranan penting ke arah pengeluaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim. 

Setakat ini sahaja terdapat sekitar 13 lokasi pengedar cawangan smart tersedia, maka perluasan sokongan pembiayaan CIMB ini dijangka dapat meluaskan lagi jejak mereka pada pemacuan EV di pasaran.