Kegiatan penipuan melibatkan perbankan dilihat terus berleluasa dari semasa ke semasa, untuk tahun 2023 sahaja – sejumlah RM6.4 juta telah berjaya dilindingi saluran cawangan Maybank daripada penipuan kewangan.
Jumlah besar ini menurut Maybank tidak sekadar memerlukan kecekapan operasi perbankan bahkan kesedaran orang awam akan sebarang ketelusan transaksi juga perlu dipertingkatkan.
Berikutan isu tersebut, Maybank menyeru para penggunanya untuk kekal berwaspada dan merujuk kepada penguatkuasa sekiranya berlaku sebarang transaksi mencurigakan bersama pihak Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dan sekiranya pengguna mengesyaki bahawa mereka telah ditipu, mereka harus segera menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan di 997 atau talian 24/7 Hotline Fraud Maybank di saluran 03-5891 4744 untuk bantuan lanjut.