Artikel

Di Usia 100 Tahun, Robert Kuok Kekal Jadi 200 Orang Terkaya Di Dunia – Nilai Aset $11.4 Bilion

Walaupun nilai aset diperhatikan sedikit menurun berbanding November 2023, Robert Kuok – hartawan Malaysia ini terus kekal menjadi individu terkaya di negara dan disenaraikan antara 200 individu terkaya di dunia pada Billionaire Forbes 2024 di kedudukan ke-176. 

Menerusi rekod data itu, nilai aset bersih taikun berusia 100 tahun ini mencatatkan sejumlah $11.4 billion – mengatasi nilai aset Giorgio Armani iaitu $11.3 bilion. 

Buat pengetahuan umum, hartawan Malaysia ini telah melibatkan diri dalam pelbagai sektor ekonomi – meliputi perkhidmatan hotel, perkapalan, hartanah, komoditi seperti kelapa sawit dan gula di pasaran tempatan serta global. 

Namun data ini secara jelas menunjukkan berlakunya penurunan aset Robert Kuok, dengan kehilangan sekitar $400 juta dalam tempoh 12 bulan lalu. 

Selain kedudukan hartawan negara, senarai tersebut turut memaparkan Elon Musk terus dominasi jadi individu terkaya di dunia dengan nilai aset $195 bilion, diikuti Jeff Bezos $194 bilion. 

Secara menyeluruh, senarai Forbes ini menunjukkan jumlah bilionwan dunia terus meningkat kepada 2,781 individu dengan pertambahan 141 bilionwan. Ia sekaligus menjadikan nilai kekayaan kumpulan tersebut sejumlah $14.2 trillion bersama lonjakan $2 trillion berbanding 2023.