Pentadbiran negeri Selangor kini menyatakan ketersediaan mereka untuk laksana proses semak silang data menerusi aplikasi Selangkah bersama sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Langkah ini sekaligus membantu persekutuan untuk meraih ketepatan data dalam pengagihan subsidi bersasar kelak.
Perkongsian tersebut telah dicapai pada hari ini melalui sidang Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Data Selangkah dan PADU di Bangunan SUK yang melibatkan perwakilan Selangkah Ventures Sdn Bhd bersama wakil Jabatan Perangkaan (DOSM).
Melalui proses semakan yang dijangka akan selesai pada 19 April kelak, usahasama ini turut memudahkan kumpulan penduduk negara khususnya penduduk Selangor yang berkelayakan dalam memenuhi kriteria di bawah bantuan dasar negara.
Untuk makluman sekitar 3,712,616 data daripada 66,216 penerima skim subsidi tersedia di bawah Selangkah. Ini meliputi maklumat penerima skim bantuan daripada kerajaan negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Selangor Mental Sihat (SIHAT), Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor) dan Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja).