Artikel

Harga Kawalan Gula Berpotensi Naik Secara Berperingkat, Selari Pelaksanaan Subsidi Bersasar

Seiring dengan pelaksanaan subsidi bersasar tidak lama lagi, dijangka harga kawalan gula berpotensi naik secara berperingkat di pasaran kelak. Untuk makluman, setakat ini harga maksimum gula yang dikawal adalah sekitar RM2.85/kg. 

Jangkaan itu menurut pengamatan MIDF Research adalah selaras dengan matlamat negara untuk melaksanakan agenda subsidi bersasar mulai separuh kedua 2024 kelak. Pelarasan menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) ini dilihat akan menstrukturkan kumpulan rakyat yang layak menerima bantuan serta insentif harga barangan yang lebih berpatutan.

Buat pengetahuan umum, harga runcit gula diperhatikan alami peningkatan kecil sahaja sebelum ini, sekitar RM2.84/kg pada tahun 2013 sementara harga semasa pula RM2.85/kg.

Malah mengikut perbandingan semasa, harga gula pasir kasar negara lebih rendah berbanding negara jiran yang lain iaitu RM2.95/kg. Di mana Singapura sekitar RM6.79/kg, Sumatera sekitar RM4.50/kg dan selatan Filipina sekitar RM9.50/kg.