Pada sambutan Hari Pekerja (1 Mei) tidak lama lagi, negara memaklumkan kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan akan dilaksanakan – sebagai garis panduan berhubung isu melibatkan pekerja di Malaysia.
Antara penumpuan yang akan terlibat menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) adalah seperti ekonomi hijau, agenda masyarakat menua, penglibatan wanita pada sektor pekerjaan serta perkembangan teknologi pada pasaran semasa.
Menerusi kerangka ini, ia berpotensi membantu pentadbiran negara lebih memahami akan perkembangan ekonomi semasa dan terus menjamin hak pekerja di masa mendatang. Berdasarkan perkongsian, pelancaran kerangka dasar ini akan dilaksanakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Mei kelak.