Kos pembangunan laluan transit aliran ringan (LRT) Pulau Piinang dimaklumkan berupaya mencapai lebihi RM10.5 bilion. Pengiraan ini menurut pentadbiran negeri didasari faktor memiliki pengangkutan awam yang cekap dan berkesan kepada penduduk negeri.
Malah adanya kemudahan LRT ini, secara langsung dapat membantu menjadi pengangkutan alternatif buat penduduk dan pelancong untuk atasi isu kesesakan trafik semasa yang dilihat merugikan masa serta kos penduduk.
Meskipun ia tidak akan menyelesaikan 100% permasalahan tersebut, namun pentadbiran negeri optimis pembangunan LRT ini berupaya menjadi perintis untuk Pulau Pinang menambah-baik isu kesesakan. Buat pengetahuan umum, pembangunan ini meliputi laluan rel dari Komtar ke Pulau Silikon yang berhampiran lapangan terbang serta laluan rel dari Komtar ke Butterworth.
Berdasarkan kerangka awal, disasarkan laluan LRT akan bermula seawal September kelak dan siap menjelang 2030.