Artikel

8.4 Juta Rakyat Akan Terima Bayaran STR Fasa 2, Bermula 3 April Ini

Dalam usaha menambah-baik struktur bantuan kewangan negara, pentadbiran kini telah mengambil pendekatan dengan meningkatkan peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion.

Tindakan itu secara langsung akan memberi manfaat kepada 8.4 juta rakyat negara, yang dijangka akan menerima agihan sejumlah RM100 sehingga RM650 mulai 3 April ini.

Maka untuk meluaskan lagi jejak bantuan, kerajaan kini turut membuka pendaftaran STR 2024 bagi sepanjang tahun – berupaya memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negara yang berkelayakan untuk meraih manfaat bantuan tersebut.

Sebarang perincian lanjut, orang awam boleh merujuk pada pautan Bantuan Tunai STR 2024 untuk menyemak status kelayakan dan cara permohonan.