Rentetan terdapat segelintir pembayar cukai yang terus bersikap culas dalam melunaskan tanggungjawab percukaian mereka – setakat ini dimaklumkan seramai 182,666 individu sedang berdepan sekatan perjalanan ke luar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Data ini mengikut Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Negara adalah melibatkan 171,571 kes individu yang miliki tunggakan cukai pendapatan, diikuti 11,095 ke pula meliputi tunggakan cukai keuntungan harta tanah.
Seperti yang umum ketahui, LHDN telah nenguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Seksyen 22, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Di mana peruntukan ini jelas menerangkan pengenaan sekatan perjalanan akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang gagal melangsaikan tunggakan percukaian mereka melibatkan cukai pendapatan atau cukai keuntungan harta tanah.