Umum ketahui, seharusnya pengenaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) pada kadar sehingga 10% dikuat kuasakan pada Mei 2024 kelak. Akan tetapi bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat negara – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan aturan itu akan diperinci lanjut.
Jelas MOF pada notis rasmi, kerajaan perlu menjalankan sesi libat-urus bersama pihak berkepentingan bagi memuktamadkan butiran lanjut pengenaan cukai ini termasuklah skop barangan dan nilai ambang berkaitan.
Langkah ini sekaligus akan memastikan pelaksanaan HVGT tidak menjejaskan ekonomi rakyat. Menerusi aturan itu, MOF memaklumkan perincian cukai tersebut akan dikongsikan dalam suatu tempoh yang akan ditetapkan kelak.
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN CUKAI BARANG BERNILAI TINGGI (HVGT) pic.twitter.com/DVi8Nn7VHu
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) March 31, 2024
Rentetan semakan lanjut ini, dijangka pengenaan cukai tersebut hanya akan diketahui pada sidang Parlimen mendatang yang akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 18 Julai 2024. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan cukai ini perlu dibentangkan pada sidang Parlimen untuk tindakan seterusnya.