Bagi menjamin setiap peniaga dan pengguna berupaya meraikan Hari Raya 2024 dengan tenang, tanpa sebarang penangguhan urusan penghantaran barang – Pos Malaysia kini berkongsikan tarikh akhir pengeposan barang sebelum sambutan Aidilfitri kelak.
Mengikut perkongsian notis Pos Malaysia, terdapat 4 tarikh yang dikongsikan untuk perhatian semua pengguna kurier bagi memastikan barangan pengguna sampai sebelum tibanya sambutan perayaan :
- Pos Laju Sabah, Sarawak > Lokasi Utama seperti di bandar Sabah, Sarawak pada 5 April 2024
- Pos Laju Semenanjung > Lokasi Utama Semenanjung seperti di bandar Semenanjung pada 6 April 2024
- Pos Laju Sabah, Sarawak > ke mana-mana lokasi pada 3 April 2024
- Pos Laju Semenanjung > ke mana-mana lokasi pada 4 April 2024
Selanjutnya, operasi Pos Malaysia turut akan ditutup pada 10 April dan 11 April 2024 kelak. Penutupan ini merangkumi kategori operasi pungutan dan penghantaran, semua cawangan lokasi Pos Malaysia dan bahagian talian perkhidmatan pelanggan. Hanya perkhidmatan secara atas talian dan media sosial sahaja tersedia pada tempoh tersebut.
Menerusi penjelasan ini, diharap semua pelanggan dan peniaga peka akan sebarang kesulitan berlaku berhubung penghantaran barangan bersama Pos Malaysia.