Setelah Bank Islam, kini giliran Affin Bank pula menyenaraikan lokasi ATM Raya 2024 buat kemudahan pengguna untuk mengeluarkan duit raya bersempena Aidilfitri kelak.
Menurut pengumuman rasmi AffinBank – sejumlah 230 cawangan ATM/CRM Affin Bank akan tersedia untuk pengeluaran RM10 dan RM50. Di mana kemudahan ini akan tersedia mulai 3 April sehingga 10 April 2024 ini sehingga stok masih ada.
Pada masa yang sama, pihak Affin Bank turut memberi peringatan bahawa had pengeluaran sehari ialah RM5,000 dan amaun tersebut turut tertakluk kepada had pengeluaran pengguna serta ketersediaan wang tunai pada cawangan yang dirujuk. Susulan itu, sebarang aturan pengeluaran hendaklah dilaksana sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ketika di cawangan ATM.
Maka untuk kemudahan semua pengguna, ini senarai cawangan ATM Affin Bank yang terlibat: