Mendekati minggu akhir Ramadan, sudah pasti semua pihak sedari bahawa terdapat kewajipan harus dilaksanakan buat masyarakat beragama Islam – iaitu melunaskan tanggungjawab pada pembayaran zakat fitrah.
Zakat fitrah ialah kewajipan fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang Islam. Ia dilaksanakan di bulan Ramadan dengan tujuan memanfaatkan bayaran fitrah tersebut untuk membantu golongan fakir dan miskin – melengkapkan keperluan secara ekonomi, sosial mereka menjelang Syawal kelak.
Oleh itu, untuk kemudahan melunaskan tanggungjawab tersebut, ini senarai kadar zakat fitrah 2024 mengikut Negeri dan Wilayah Persekutuan buat perhatian seluruh penduduk Malaysia yang beragama Islam berdasarkan harga beras:
- Selangor – RM7.00| RM14.00 | RM21.00
- Johor – RM7.00 | RM12.00 | RM20.00
- Kedah – RM7.00 | RM14.50 | RM22.00
- Kelantan – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Terengganu – RM10.00 | RM22.00
- Melaka – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Negeri Sembilan – RM7.00 | RM12.50 | RM22.00
- Pahang – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Perak – RM8.00 | RM16.00 | RM24.00
- Perlis – RM7.00 | RM10.00
- Pulau Pinang – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Sabah – RM7.50
- Sarawak – RM7.50
- Wilayah Persekutuan – RM7.00 | RM15.00 | RM22.00
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan