Ternyata sejumlah 1.05 bilion tan makanan dibazirkan pada setiap tahun oleh penduduk dunia. Angka ini untuk makluman menyamai nilai lebih RM4 trilion mengikut data Indeks Sisa Makanan Program Alam Sekitar UNEP 2024.
Apa yang membimbangkan, menurut anggaran Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) jumlah pembaziran ini merupakan 13% tambahan kepada jumlah makanan yang telahpun rosak dalam rangkaian pembekalan dunia. Dengan 631 juta tan (60%) daripada jumlah pembaziran tersebut adalah makanan yang tersedia di peringkat isi rumah, diikuti peruncitan (131 juta tan, 12%), khidmat makanan (290 juta tan, 28%).
Sekiranya situasi ini berterusan ia akan memberi kesan kepada ekonomi semasa, perubahan iklim, pencemaran persekitaran dan kehilangan biodiversiti.
Lebih memilukan amalan ini berupaya menjadi krisis dan tindakan pembaziran sememangnya tidak wajar, khususnya buat satu pertiga iaitu 783 juta penduduk dunia yang sedang berdepan kelaparan ketika ini.
Sementara kedudukan Malaysia pada krisis pembaziran makanan ini pula, menunjukkan peningkatan apabila setiap tahun sekitar 8.3 juta tan metrik makanan direkodkan negara. Walhal untuk kedudukan Indeks Kelaparan, negara telah mengungguli kedudukan ke-58 daripada 121 buah negara.
Dapatan itu secara langsung mencerminkan tahap kesedaran penduduk Malaysia masih rendah, meskipun terdapat golongan yang memerlukan dalam rantaian pembekalan makanan.