Artikel

Mulai 1 April Ini – Akta Syarikat (Pindaan) 2024 Akan Berkuat Kuasa

Dalam usaha menambahbaik peraturan korporat di bawah syarikat negara dan menyediakan pemudahcara berhubung isu kekangan kewangan – mulai 1 April ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat (Pindaan) 2024. 

Akta ini secara langsung akan mewajibkan setiap syarikat untuk mengenalpasti pemunya benefisial, iaitu individu yang bertanggungjawab mengawal operasi syarikat dan melaporkan ia kepada SSM. 

Malah pelaksaan akta ini turut menjadi sokongan kepada peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 dan membantu pemulihan ke atas syarikat negara yang terkesan susulan era pasca pandemik COVID19 terdahulu. Namun pindaan ini dimaklumkan tidak akan melibatkan peruntukan Seksyen 4,14, 26 dan 28.

Buat pengetahuan umum, akta ini telahpun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada 28 November, Dewan Negara pada 13 Disember 2023 dan meaih Perkenan Diraja pada 24 Januari lalu. 

Menerusi penerapan ini ia dilihat berupaya meningkatkan ketelusan dalam ekosistem sektor korporat Malaysia di pasaran dari semasa ke semasa.