Prestasi kemasukan pelaburan digital di Malaysia dilihat terus rancak apabila menyaksikan peningkatan 54% kepada RM46.22 bilion pada tahun lalu.
Lonjakan ini menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( (MDEC) melibatkan 256 syarikat dengan pelaburan dalam aspek teknologi maklumat, hab data serta kandungan kreatif. Aturan itu sekaligus turut menambah-baik peluang pekerjaan di pasaran negara dengan pertumbuhan 36%.
Malah pencapaian syarikat digital tempatan pula terus berdaya saing dengan merain peningkatan 18% pada perolehan semasa iaitu kepada RM8.87 bilion berbanding sasaran RM7.5 bilion. Angka ini secara langsung mencerminkan ketersediaan Malaysia dalam perluasan digital di pasaran serantau.
Secara menyeluruh syarikat digital Malaysia kini memiliki kehadiran di 17 negara dan antara yang tertinggi melibatkan Indonesia, Filipina dan Vietnam.