Artikel

ASNB Umum Pengagihan 5.25 Sen Seunit Untuk ASB2, 4.75 Sen Seunit Untuk ASM

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dua dana tetap dibawahnya, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 dan juga Amanah Saham Malaysia.

Dibawah pengagihan ini, ASB2 diisytiharkan agihan 5.25 sen untuk setiap seunit, sementara untuk ASM pula, ia diisytiharkan agihan sebanyak 4.75 sen seunit. Ini sekaligus membawa kepada jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Selari dengan pengumuman pengagihan ini, semua urus niaga ASB 2 dan ASM akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 ini.