Selari dengan ketersediaan negara untuk terus memacu arena startup tempatan di persada global – Malaysia menjelang April 2024 ini akan menganjurkan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April dan 23 April.
Langkah ini menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan memperlihatkan beberapa agenda, antaranya pelancaran kertas tindakan KL20 – yang memperincikan pelan pembaharuan bersama pihak berkepentingan dalam arena startup. Diikuti pelaksanaan dana pertumbuhan baharu bersama beberapa firma pelaburan antarabangsa.
Aturan ini sekaligus akan memberi fokus kepada 3 teras utama melibatkan pembiaya, pengasas serta bakat dan tenaga kerja. Lebih menarik, perluasan idea turut ingin dilaksanakan bagi meningkatkan potensi modal teroka dengan menwujudkan lebih banyak kemudahan di fasiliti startup negara.
Secara menyeluruh, difahamkan lebih 1,000 peserta kalangan pelabur, startup antarabangsa akan menghadiri KL20 2024 kelak dan sekiranya pembaca ingin mengetahui lanjut akan sidang ini boleh layari pautan KL20 Summit 2024 untuk perincian seterusnya.