Artikel

LHDN : Lebih 72,000 Pengakuan Sukarela Libatkan RM652.5 Juta Taksiran Cukai, Kini Diluluskan

Sejumlah 72,534 pengakuan sukarela melibatkan RM652.5 juta taksiran cukai kini telah meraih kelulusan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Berdasarkan jumlah tersebut, didapati sekitar RM284 juta telah berjaya dikutip negara setakat akhir Februari lalu.

Seperti yang umum ketahui, pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 telahpun berlangsung sejak 6 Jun 2023 lalu sehingga 31 Mei 2024 kelak – di mana penawaran penalti pada kadar sifar disediakan untuk tempoh tersebut. 

Menerusi inisiatif ini Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, ia tidak sekadar membantu meraih hasil negara yang lebih baik tetapi turut menggalakkan para pembayar cukai mematuhi tanggungjawab percukaian. 

Secara menyeluruh setakat 2022 dan 2023 negara telah berjaya meraih sekitar RM8.2 bilion dan RM6.2 biilion bagi kutipan cukai tambahan dan penalti yang dibangkitkan susulan hasil pengauditan.