Hasil prestasi yang membrangsangkan bagi suku pertama 2024 bersama keuntungan teras mencatat RM1.8 juta iaitu naik 164.7% – MyNews, jenama serbaneka negara kini menyasarkan untuk terus meluaskan jejak mereka dengan menambah lebih 100 kedai baharu pada tahun ini.
Perkembangan rangkaian itu menurut RHB Investment akan melibatkan 70% cawangan MyNews sementara 30% lagi melibatkan rangkaian CU, kedai serbaneka Korea Selatan yang dibawah pengendalian mereka.
Aturan ini sekaligus turut membawa peningkatan kepada kos pengendalian perniagaan MyNews yang disasarkan meningkat 6% berbanding tahun 2023. Susulan berlakunya penambahan kos pekerja dan pelarasan gaji kelak.
Menerusi rancangan itu pihaknya optimis melalui peningkatan jualan pada segmen pemprosesan makanan, kerugian yang lebih kecil akan diraih cawangan, disusuli pulangan modal CU yang lebih positif dijangka berlaku pada tahun ini bagi menyokong pendapatan jenama.
Buat pengetahuan umum setakat ini sahaja MyNews memiliki sekitar 468 cawangan, diikuti rangkaian CU sebanyak 132 cawangan di seluruh negara.