Selangor International Business Summit merupakan salah satu persidangan yang dianjurkan dalam usaha mengalakkan lagi pelaburan dan perdagangan dalam negeri Selangor. Pada tahun 2024 ini, buat julung kalinya, ia akan diadakan sebanyak dua kali, dengan sasaran transaksi mencapai RM7 bilion.
Untuk tahun 2024 ini, SIBS disasarkan untuk dianjurkan pada bulan Julai dan juga Oktober. Langkah penganjurang dua kali ini selari dengan permintaan tinggi untuknya, selain dalam memaksimakan potensi pelaburan melalui acara berkenaan.
Acara ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, dan melibatkan lebih 1,200 reruai pelbagai produk. Sekitar 60,000 pengunjung dijangka hadir ke acara persidangan berkenaan.