Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan tiada sebarang bantuan khas atau bonus Aidilfitri tambahan untuk tahun ini. Hal ini kerana pihak kerajaan baru sahaja memberikan insentif berjumlah RM2000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah.
Komen ini hadir susulan permintaan pihak Cuepacs untuk kerajaan memberikan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri. Sebelum ini, pemberian insentif RM2000 telah dilaksanakan pada penghujung Februari 2024 lepas.
Perdana Menteri turut menegaskan yang mana pemberian insentif RM2000 sebelum ini adalah lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini, disamping kenaikan gaji untuk skim persaraan juga adalah antara berita baik untuk penjawat awam pada tahun 2024 ini.