Artikel

Terminal Bersepadu Gombak Dijangka Beroperasi Mulai Mei 2024

Terminal Bersepadu Gombak kini dilihat bakal beroperasi pada bulan Mei 2024 ini. Perkara ini dikongsikan oleh Sani Express, salah satu penyedia perkhidmatan pengangkutan melalui laman sosial mereka.

Dengan langkah ini, pelbagai bas-bas yang menuju ke destinasi di Pantai Timur akan mula menggunakan terminal ini, sekaligus memudahkan lagi proses perjalanan. Selain itu, terminal ini juga dijangka akan turut meliputi perjalanan ke destinasi di Selatan dan juga Utara.

Walaupun mula beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak, bas-bas ini turut akan kekal ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) seperti biasa buat masa ini.

Sebelum ini, ia turut dikongsikan yang mana pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap sekitar Disember 2026.