Koppiku, salah satu jenama penjual air minuman kopi tempatan, kini dilihat telah menerima suntikan dana berjumlah $2.5 juta. Ini sekaligus dijangka akan digunakan oleh Koppiku untuk memperluaskan lagi pasaran, selain membuka cawangan di pelbagai lokasi baharu.
Suntikan dana pelaburan ini hadir daripada beberapa pelabur, termasuk Vertex Ventures, Reshape Ventures, AC Ventures.
Koppiku sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2023 lepas, dengan penawaran air pada harga antara RM5 ke RM9.90 – sekaligus menyasarkan minuman premium boleh dinikmati lebih ramai pada harga berpatutan.
Pada hari ini, Koppiku mempunyai operasi di Plaza Mont Kiara, SS15 Subang Square, Busana@Menara Mara, dan juga Pasar Seni KL.
Turut bersaing dalam kategori sama adalah beberapa jenama kopi tempatan juga, termasuk ZUS dan juga GIGI.