Pada hari ini terdapat sejumlah aplikasi yang memudahkan pengguna dalam melakukan pelaburan. Salah satunya di pasaran tempatan adalah Airo.
Selepas beroperasi untuk beberapa ketika, kini Airo turut memperkenalkan portfolio pelaburan mesra syariah melalui aplikasi berkenaan. Untuk menjayakan perkara ini, Airo bekerjasama dengan Tawafuq Consultancy. Pelaburan mesra syariah ini turut meliputi sukuk, ETF dan juga saham.
Selari dengan pengenalan sokongan pelaburan mesra syariah ini, Airo turut menawarkan promosi dimana pengguna boleh lakukan pelaburan RM300 dan akan menerima baucar GrabGifts RM10. Promosi ini disediakan sehingga 1 April 2024 kelak.