Artikel

KWSP Peruntuk Sehingga RM250 Juta Melalui Gobi Partners Untuk Melabur Pada Syarikat Tempatan

KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) kini mengumumkan komitmen untuk melabur sehingga RM250 juta, melalui kerjasama Gobi Partners dalam usaha untuk membantu memacu pertumbuhan syarikat peringkat bersaiz pertengahan di Malaysia.

Langkah ini juga dijangka akan meningkatkan lagi kadar pelaburan KWSP dalam pasaran domestik dan menjadikan mereka sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.

Pelaburan yang akan dilakukan melalui Gobi Partners ini akan menumpukan kepada beberapa tema utama, termasuk berkaitan penjagaan kesihatan memfokuskan warga emas, pertanian, sains makanan, keterangkuman perkhidmatan kewangan, serta kemampanan dengan tumpuan terhadap peralihan tenaga. Dana pelaburan ini juga turut akan melibatkan arena pendidikan.