Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM kini telah mula menerbitkan data statistik kemalangan jalan raya untuk setiap hari, melalui laman sosial mereka. Dengan langkah ini, orang ramai boleh mengikuti data berkaitan kes kemalangan yang berlaku di Malaysia, selain kes kemalangan yang melibatkan kematian.
Langkah ini disasarkan akan memberikan lebih kesedaran kepada orang ramai, termasuk mengambil serius berkaitan kadar kemalangan di jalan raya.
Orang ramai dan pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk kekal mengikuti pelbagai perundangan dan peraturan jalan-raya dalam mengelak serta mengurangkan kadar kemalangan.
Anda boleh mengikuti data terkini berkaitan kemalangan ini melalui laman Facebook JSPT setiap hari.