Penyedia rangkaian runcit terkemuka tempatan, 99 Speed Mart, kini telah pun memfailkan draf prospektus untuk melakukan penyenaraian awam di Bursa Malaysia.
99 Speed Mart menyasarkan untuk meraih dana sebanyak RM1.5 bilion, dan menawarkan pegangan awam sebanyak 15% pada syarikat berkenaan.
99 Speed Mart buat masa ini menyasarkan untuk mempunyai sekitar 3000 kedai di seluruh negara, menjelang 2025 kelak. Melalui penyenaraian awam ini, dana berkenaan dijangka digunakan untuk terus memperluaskan rangkaian kedai di seluruh negara, selain menubuhkan beberapa pusat pengedaran, serta menambah-baik kedai sedia ada. Sebahagian dana turut akan digunakan untuk membayar kembali pinjaman bank oleh syarikat.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak draf prospektus di laman SC hari ini.