Artikel

MyEG Beli Pegangan Ekuiti 14.4% Pada Heitech Padu

MyEG Services yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan kerajaan secara atas-talian, kini mengumumkan pembelian pegangan pada Heitech Padu Berhad, sebanyak 14.40%. Pembelian ini dinilaikan sekitar RM31.25 juta dalam bentuk tunai.

MyEG menyatakan pembelian ekuiti ini adalah langkah strategik mereka dalam membolehkan syarikat terus memperluaskan kolaborasi dan membentuk sinergi dengan mengambil kira kelebihan kedua-dua pihak sebagai penyedia perkhidmatan kerajaan.

Heitech Padu sendiri mempunyai sejumlah kelebihan, termasuk melibatkan penyelesaian untuk pembangunan bandar pintar, pembangunan identiti digital, selain melibatkan industri kesihatan, penyelesaian kerajaan pintar dan sebagainya.