Kerajaan negeri Perlis kini berjaya merealiasikan agenda sifar premis judi, apabila premis judi terakhir di negeri tersebut telah pun ditutup pada minggu lepas.
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam premis judi. Empat daripadanya ditutup pada 2023, sementara premis kelima ditutup pada penghujung Januari. Kini, premis terakhir telah pun ditutup pada minggu lepas, menjadikan tiada lagi premis judi di negeri tersebut.
Ia turut ditekankan yang mana aktiviti perjudian membawa kepada keburukan, sekaligus membuatkan kerajaan negeri menghentikan lesen premis judi dalam memastikan rakyat hidup selamat dan sejahtera.