Artikel

Jeff Bezos Mengatasi Elon Musk Dari Segi Nilai Kekayaan – Kini Manusia Kedua Terkaya Dunia

Pengasas Amazon, kini akhirnya berjaya mengatasi kembali nilai kekayaan Elon Musk, sekaligus kini menjadikan beliau manusia kedua terkaya dunia. Menduduki tangga pertama manusia terkaya dunia adalah Bernard Arnault, iaitu CEO jenama LVMH.

Elon Musk dilihat kekurangan nilai kekayaannya disebabkan oleh penurunan pada nilai saham Tesla kebelakangan ini. Sementara dengan fokus terhadap kecerdasan buatan dan perkembangan edagang, saham Amazon meningkat, sekaligus membawa kepada peningkatan nilai kekayaan Jeff Bezos.

Pada masa yang sama juga, nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut dilihat meningkat, meletakkan beliau pada kedudukan ke-4. Pada tangga ke-5 adalah Bill Gates.