Pengeluar tayar terkemuka, Goodyear kini menyatakan mereka akan menutup operasi kilan di Shah Alam menjelang 30 Jun 2024 kelak. ini sekaligus dijangka akan memberikan kesan kepada 550 pekerja di kilang tersebut.
Goodyear menyatakan langkah ini adalah sebahagian daripada pengoptimasian operasi dibawah program “Goodyear Forward”.
Sebelum ini, kilang di Shah Alam telah beroperasi sejak 1972 lepas. Malah, Goodyear sebelum ini telah memasuki pasaran Malaysia sejak 1929 lepas, dan mereka juga merupakan pembekal tayar kenderaan untuk kereta pertama Malaysia, Progon Saga.
Goodyear menyatakan mereka akan kekal menawarkan produk mereka untuk pasaran tempatan, dan buat masa ini ia sekadar menutup operasi kilang sahaja.