Artikel

Singapura Meningkatkan Had Umur Persaraan Ke 64 Tahun Menjelang 2026

Singapura kini mengumumkan mereka akan meningkatkan had umur persaraan daripada 63 tahun sedia ada, kepada 64 tahun, berkuat-kuasa 1 Julai 2026 kelak.

Peningkatan had umur persaraan ini dilihat selari dengan jangka hayat manusia yang lebih lama. Disamping itu, ia juga dijangka akan dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja.

Disamping peningkatan umur persaraan, Singapura juga turut meningkatkan had usia bekerja semula selepas bersara kepada hingga 69 tahun.

Sebelum ini, pada tahun 2019 lepas, kerajaan Singapura sedia menyatakan hasrat untuk meningkatkan umur persaraan mencapai 65 tahun menjelang 2030 kelak.