Artikel

Lebih 300 Stesen Petronas Akan Mula Dipasang Sistem Tenaga Solar

Gentari Renewables kini telah melantik Solarvest untuk memasang sistem tenaga solar di lebih 300 buah stesen Petronas di seluruh Malaysia. Projek ini dijangka akan dimulakan pada April 2024 kelak, dan mungkin beroperasi sekitar 2027.

Petronas dijangka akan memasang kapasiti solar lebih 5.4MWp yang meliputi lebih 300 buah stesen. Melalui pemasangan sistem tenaga solar ini, ia dijangka akan membantu dalam offset sekitar 5,035 tan pembebasan karbon dioksida setahun.

Pelbagai firma kini memfokuskan kepada operasi yang lebih lestari dan mesra alam. Ia dijangka lebih banyak firma dan syarikat akan mula memasang sistem tenaga solar dalam memastikan operasi syarikat lebih mesra alam dan tidak mencemarkan alam.