Menteri Pengangkutan kini memaklumkan, syarikat penerbangan tempatan boleh mengenakan levi karbon menjelang April 2024 kelak. Langkah ini dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja pindaan kepada Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada April kelak.
Levi karbon ini ditetapkan sebagai pilihan – sama ada ingin mengenakan caj berkenaan atau sebaliknya. Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana kerajaan tidak memungut levi karbon berkenaan, sebaliknya ia akan dilaksanakan oleh syarikat penerbangan untuk mengimbangi pelepasan karbon.
Ia dijangka beberapa syarikat penerbangan mungkin menggunakan caj berkenaan untuk membeli bahan api penerbangan yang mampan, dan ada juga yang akan memilih untuk membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.
Ia turut ditekankan yang mana levi karbon merupakan tetapan antarabangsa dan terpakai kepada semua syarikat penerbangan – dan bukan sahaja di Malaysia.