Artikel

Bitcoin Kini Melepasi Nilai RM300,000

Luno kini memaklumkan nilai Bitcoin telah pun melangkaui RM300,000 hari ini, sekaligus memperlihatkan peningkatan berterusan dari minggu ke minggu.

Peningkatan ini dikaitkan dengan sentimen positif atas kelulusan Bitcoin ETF di Amerika Syarikat, disamping peningkatan keyakinan yang membawa lebih ramai melabur pada Bitcoin. Pada masa yang sama, Bitcoin “halving” yang akan menyusul pada pertengahan April ini turut membawa kepada peningkatan nilai Bitcoin ini.

Bitcoin “halving” berlaku setiap empat tahun sekali, yang mana akan mengurangkan kadar pengeluaran Bitcoin baharu, sekaligus membawa kepada peningkatan nilai Bitcoin tersebut sendiri.