Pengasas Berjaya Corp, Vincent Tan kini dipetik meminta rakyat Malaysia untuk berhenti memboikot Starbucks Malaysia, dan menyatakan ia hanya memberikan impak terhadap rakyat Malaysia sendiri.
Sebelum ini, Starbucks Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka tidak pernah salur dana kepada kerajaan Israel. Melalui laporan NST, Vincent Tan turut menyatakan Starbucks Malaysia dimiliki oleh syarikat tempatan, tiada sebarang pekerja warga asing di pejabat utama, dan mempunyai sekitar 80-85% tenaga kerja beragama Islam.
Sebelum ini, Berjaya Food telah melaporkan kerugian pada suku tahunan lepas, mencapai sekitar RM42 juta.