Artikel

Simpanan KWSP Median Untuk Ahli Bumiputera Bawah 55 Tahun Adalah RM8,254 Pada 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah pun mengumumkan dividen untuk tahun berakhir 2023. Selari dengannya juga, pihak KWSP berkongsi menyatakan simpanan median untuk ahli bumiputera yang berumur bawah 55 tahun pada tahun berakhir Disember 2023 adalah sebanyak RM8254.

Ia sekaligus memperlihatkan peningkatan berbanding RM4900 pada penghujung 2022 lepas. Sebelum ini, ketika pandemik, simpanan median Bumiputera telah berkurangan sebanyak 70%, daripada tahap asal yang mencapai RM15500.

Sebagai perbandingan, untuk tahun berakhir 2023, simpanan median untuk ahli India adalah RM17,375, sementara ahli Cina adalah RM48,627.