Artikel

PMX : Hanya 435,000 Syarikat Yang Membayar Cukai – Daripada 1.5 Juta Syarikat Berdaftar

Perdana Menteri kini berkongsi menyatakan hanya segelintir syarikat yang membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, iaitu sekitar 29% sahaja. Secara keseluruhan terhadap 1.5 juta syarikat berdaftar, namun yang membayar cukai hanya sekitar 435,000 syarikat.

Disamping itu, mengikut rekod untuk pembayar cukai individu pula, ia melibatkan sekitar 5.7 juta orang individu sahaja.

Secara keseluruhan, pada 2023 lepas, LHDN telah mengutip hasil cukai sebanyak RM183.34 biluon, dan memperlihatkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Untuk tahun 2024, kerajaan berharap agar kutipan cukai akan dapat meningkat lebih baik lagi berbanding sebelum ini.